Thursday, April 29, 2010

Apa cite....

Salam petang Khamis..

Tensi meks tau kat opis ni dah buat roadblok ke muka buku. Sungguh terasa cam ketinggalan bila buka muka buku yang tak updated langsung. Jeles waaa ngan bebudak lain ..sob sob sob.
Ni cerita merabu meraban. Nak citer pasal kami laki bini berhoneymoon ke Kelate malam Sabtu lepas dan balik klang petang Ahad . Temankan DH hantar barang ke UMK. Pastu singgah jap kat umah tengoh umah yang dalam pembikinan. Gambar tak dapat disnap coz hujan rahmat selebat alam setelah sekian lama kelate dilanda kemarau. Alhamdullilah.
Terasa sejuk mata memandang bukit bukau yang menhijau dan berkabus. Sepanjang perjalanan kami pada hari tu mendung dan berkabus. Dingin segar bila muka disapa oleh angin desa.



Best sangat berdua-duaan dengan suami. Terasa cam zaman berdua dahulu tetapi dalam masa yang sama hati ni masih dok teringat-ringat kat lanang ngan wedok kat umah tuh.


Kira inilah first time kami berjalan jauh setelah ada anak neh.




Perjalanan lancar sahaja. Tak banyak kereta dan kami berenti rehat kat Hentian R&R Gua Musang, mandi manda dan makan roti hamlet kat sana. Opssssss satu citer masa aku mandi pencuci muka aku letak kat sinki luar. Sekali daaaaa ada orang guna arr. Apa hinggat barang pree ka dengan muka tak bersalahnya dia main taram ja aku punya ganier tuh. ketuk ketuk kapla dia....




Ni kira dari g.musang ke kuala krai. Boring gilo macik masa neh. Mengantok. Kapla terpusing2.













Aku pernah balik r.panjang ikot dabong. Tengah malam dengan hujan lebatnya. Tobat aku tak nak ikot jalan tu dah. Tu pon terpaksa sebab jalan krai jem masa nak raya haji tahun 2008.













Cuba korang tgk berkabus gila. Cantik sangat permandangan dia. KAbus dia menngalahkan gentinglah aku hinggat....











Alhamdulliah sampai jugak ke destinasinya.















Pacik baju merah ni jeling kat aku...noks mek totop muko ko noks . Dont wory be happy.
Sekian. itulah saja apa citer tuk petang nih. Aku tengah jana balik idea2 neh.
Till then....daaaaaaaaaa.

Wednesday, April 28, 2010

Baju Raya

Ini n3 selepas bekpes.

So selepas melantak dengan aman dan jayanya...maka tanpa segan silu mintak my DH hantar gi opis jap. Beg make up aku tertinggal kat opis. Tak bes arr kuar muka kosong ja. Tak Santek gitu. Hahhahha. Kang kalo gi pasar dulu kang mau satu badan bau ikan . Tak koser meks tau...

Balik dari opis lalulah ikot seksyen 7 depan uitm tu... Haiyakkk nampak satu kedai baru bukak wooo...Hati dah berdetup detap. Gumbira tak sabar2 lagik neh. Nak tau aku nampak apa?...ni huh pandangan dari sisi...



Wahhh mau rabak neh. Dah jeling2 kat DH, uiskk apa2 pon kena minta permisi DH dulu. KAng tak pasal2 kena dolat. Tanduk dah naik neh. Toing toing














Nilah yang aku pi. Jakel dibukak di seksyen 7 huh. so sesiapa yang berdekatan silalah kunjung kemari. Taim aku pi tu punyalah ramai manusia. Tak nyempat nak ambil gambar huh. Mata dok melilau ja. Apa2 pon carik kain baju melayu DH dulu. Pengubat dulu baru aku pi
cari kain aku.








So setelah melilau barang sejam dua maka kopaklah duit RM385 dengan 3 pasang kain. 2 aku dan 1 hubby. Wahhh janji dengan hubby nak datang lagik. hah tu dia....whoaaaaaaaa.....


So gambar kain yang dibeli terpaksa KIV dululah yea. Karang basi plak baju raya aku. Tema tahun neh warne dark cokolat. Kang main haritu DH aku mau warna biru laut tapi nanado yang berkenaan di hati.


Sesiapa yang pi..... pilah yea. Bawak duit banyak-banyak yea.


notajarigebus: Restoren Wong Solo bangunan baris belakang . Jom pekena ayam penyet.

Edisis Bekpes Hari Sabtu.....

Salam Petang Rabu.....
Dah 2 kali sabtu ahad aku miss sarapan dengan suami. Almaklumlah Berkhidmat untuk Negara, pergi pagi balik petang so tak merasa bekpes ngan suami. Anak-anak tak ikut arr tinggal kat umah ja tambahan kami keluar pagi lagi. Anak berdua lanang ngan wedoks masih berbuai arr.
Ni nasi lemak penjual yang menumpang kat depan kopitiam tu. Nasi lemak dia febelos arr. Memang Shedap. Tu my DH yang punya. Ai punya nun jauh di hujung meja. yang ala2 tinggal tulang ja tu...wahahhahahhahah..
Ayaq kupi dia pekat gila. Memang layan arr makan ngan nasi lemak ngan roti bakar. Melekat arrr.
Pastu tak sah kalo tak pekena roti bakar ngan roti jagung stim kat sini. Memang Shedap woooooooo. Kenyang sampai ke tengah hati.
Peot kenyang suka hati.
So bagi yang area sekitar Klang dan Shah Alam yang nak merasa nasik lemak rendang ayam dan roti bakar/stim bolehlah berkunjung ke Kedai Kopitiam Chong Kok berdekatan dengan stesen komuter Klang. Datang seawal pagi yea. Almaklumlah parking agak terhad dan orang ramai wooooo.
So selamat mencari dan menjamu selera.....



Thursday, April 22, 2010

KeMalasan

Salam tengahari Khamis.

Aku nak bercutilah. So nanti tak dapatlah aku nak update blog. Tak berjalan dengan lancar arr proposal aku nak beli lappy...duhhh misti banyak n3 kena buat nanti...kalo rajin yer... :P

Kira hari ni jadual kije aku dah okay balik. No more kerja luar. Fenat gilalah asik ulang alik hampir 100km sehari. So ari ni dari tadi aku dah settlekan fail2 tapi masih ada dua ikat lagik atas meja. InsyaAllah before lunch aku settlekan.

So rancangan cutinya awal bulan 5 nanti. Destinasi mistilah balik kg kat kelate sana nun tambahan Pak menakan aku nak kenduri kawen sulung cucu perempuannya. Kakak aku pon balik sama tapi dia balik awal 2 hari. Iskk cuti tak sama plak .

Hari isnin ni aku rancang nak bercuti. Deman selseme lah plak...Terowong tersumbat susah nak ambil nyawa nafas. Pala pon agak weng nehh. Aku alergik arr dengan bau badan perokok neh. Busyuk. so bertambah weng pala aku neh bau badan budak2 yang isap rokok neh...

Vitamin M pon kuat gak ari ni. Iskkk otak cam jem ja padahal rase cam sendat pala otak neh nak buat n3 baru. Apa2 pon wish me cepat sembuh ahh.

Hingga ketemu lagi...daaaaaaaaa

Selseme atau Deman or Deman selseme?

Salam Pagi Khamis...

Aku sampai awal kat opis neh. Kol 7.08 minit dah punch kad tu tak kira check in kat tandas dulu kalau tak lom kol 7 dah terpacak kat opis. Wahahhahha pekerja cemerlang neh. Kwang kwang kwang. ada yang terasa hati nanti...Ada aku kesah...

Nak citer semalam budak neh....Pandai dia senyum kala kamera ditala padanya. Siap makan nasi dia masuk bilik ambil sendiri baju tu....pastu soh aku pakaikan dan dia cakap ..'Bu, sisika bu"..

Korang tau apa maksud sisika?.misti tak tau aku.Aku pada mulanya pon tak tau tapi dah tau dah sekarang...Sisika tu funfair kat Klang Sentral tu huh...Hari tu dia nampak taim nak pi hantar dia kat umah MIL aku...so hari2 sisika ja yang kuar dari mulut dia. Dah gi bawak dah. Kopak duit rm10 naik segala menda alah kat situ tak termasuk jajan. Semalam kami gi tesco aja tak gi sisika. Mengamuk lah jugak.

Dia buat protest agaknya. KOl 2.30 pagi baru tido... Aku ayakkkkkkkkkkkkkk.....ngantok beb.






Dan budak tecik ini jugak telah mengikut jejak langkah kakaknya....tak nak dibaringkan nak duduk tengok kakak dia main. Kol 2 jugak tidonya...Wengggg ahhh pala aku.



Ndsem tuan besar pakai jeans....










Wahhhh larik topik nampak...HAhhahhaha. So hasil daripada tido kol 3.00 bangun kol 6.00 mata aku dah merah, pala aku pening2 langau...surau dah garau...sakit tekak bagai?...Siap satu pakej lol. Ingat nak cuti tapi bila pk banyak kije kat opis ....so layan ajalahhhhhh...

Aku nak tido...agak2 bawah meja port cantik kang...huwawwawawwawwawwa...











Wednesday, April 21, 2010

Pembukaan Pejabat Imigresen di KKB

Salam Petang Rabu.
Hari Sabtu lepas 17.04.2010, Aku gi Kuala Kubu Baru (KKB) . Ternampak satu lot kedai yang dalam proses pengubahsuaian kot. Ohhhh rupanya Pejabat Imigresen baru dibukak di Pekan Kuala Kubu Baru. So sesiapa yang berada sekitar KKB, Bernam Jaya, Lembah Beringin, Tanjong Malim nak buat pasport adalah suatu kesenanganlah tak payah pergi jauh-jauh. Boleh jimat duit.
So korang layan sajalah gambar yang aku ambil ni. Ni antara shoot yang sempat diambilah



Ni pejabat yang masih dalam proses pengubahsuaian tetapi sudah ada pegawai yang bergitu cekap memberi penerangan tentang perkara-perkara berkaitan dengan Imigresen










Buat masa sekarang hanya 3 kaunter sahaja yang dibuka untuk penerimaan borang pemohonan Pasport kali pertama atau gantian.
Saya berpendapat ini adalah satu usaha yang patut dipuji di mana ia memudahkan rakyat yang berada di kawasan tersebut yang ingin membuat pasport. Mereka tidak payah lagi pergi ke Kuala Lumpur atau Subang. Syabas.
Sekian laporan dari aku mamarazi tidak berbayar. Huawawwawaw.









































Tuesday, April 20, 2010

Welcome Back



Salam pagi Isnin...


Wahhh dah lamer dong aku tak update blog. Iskkk seb baik lom bersawang.


Kronologi kenapa aku tak updated blog:


1. Selasa- my komputer rosak. Gara-gara pi cucuk thumb drive dari sapa ntah.


2. Rabu.- Masih rosak. Mati kutu gua


3. Khamis-gua mesyuarat gitu. Agak-agak seharian gitu kat luar opis.


4. Jumaat. Sepatutnya gua pi sidang parlimen sebagai pemerhati. Tapi gua ada tugasan lain. nanti gua buat n3 khas yo...nantikan n3 bergambo dari gua....


5. Isnin semalam. Gua dapat APC. So semalam gua menghadiri diri ke Majlis Penyampaian APC lah...ehehehehheh blushing blushing :P


Dalam kamera gua pon udah padat neh dengan gambar-gambar.


Dan lagik satu cuba korang tgk atas meja aku neh hasil daripada peninggalan aku selama 2 hari tak masuk opis...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa migran aku huh.....





Permandangan dari sisi kanan.


Fail-fail yang perlu disiapkan.
Permandangan dari sisi kiri...... &*%$#@!!! dalam otak aku. Berserabut...tak ahhh cuma pening2 lalat jer....
So Doakanlah aku semoga berjaya menyetelkan semua mendalah atas meja dan aku boleh kembali berblog dengan jayanya.......
Yeszaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, April 12, 2010

Jom joint

Salam petang Isnin.

Kerja-kerja jugak tapi kesihatan kenalah jaga betui dok...????...So bermula hari Jumaat lepas...after opis hour aku joint kelas aerobik kat sini...Perkhhhh berpeluh beb..rase ringan ja badan...muka merah padan...

Instrator aerobik tu body dia....melentik cantik...terliur untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan ramping cam dia. Kelas aku 2 kali seminggu, selasa dan jumaat. Yuran bulanan rm20.00 ja murah kang. Ramai lah jugak yang joint dan rata-rata umur lagik tua dari aku. Tu yang bertambah semangat aku tuh.

Hari Jumaat aritu kira kelas kali pertama akulah. Risau aku gak takut balik nanti sakit-sakit badan sebab sabtu tu nanti aku nak exam kang tapi alhamdullilah semua okay. Njoy arrr...


Mengadap cermin macam inilah....syiok tengok diri lam cermin.




Jom sapa nak join aku...dipersilakan.

Black Monday

Salam pagi Isnin..


2 ari kat rumah terasa cepat masa berlalu. Hari Sabtu aku exam dari kol 9 hingga 4.30....sampai rumah kol 5 pastu buat projek ngan suami...opssssssssss bukan projek x y z yea....projek mengemas rumah. Since anak-anak di hantar ke rumah MIL aku so kami laki bini gotong royong cuci rumah. My DH mop lantai dan kipas siling aku tukang basuh baju ngan kemas rumah. Fenat woooo kol 7 baru siap menyetel semua. Pastu kol 8 gi ambik anak-anak.


Ahad...biasalah turn aku kije...no excuse maaaaaaaaaaaa...


So today black monday.. Dah arr semalam baby Ancha kol 2 baru tidur. Naik juling mata aku tahan ngantuk. Pagi tadi kol 6.45 baru terjaga. Korang bayangkanlah kelam kelibutnya kami nasib baik baju2 aku dah siap iron semalam. Papan iron ngan sterika baru so semangat mengiron itu ibarat iron women arrr...So nasib baik sampai opis kurang 7 minit 7.30. dekat kang opis ngan rumah aku tapi kalo balik makan masa hampir sejam.


Kol 9 pagi plak katanya ada miting....jenuh aku dok tunggu sekali miting tak jadi. tadak memo atau apa2 pon dihantar. At least send someone arr cakap miting batal....kesian kat orang yang jauh-jauh. kami takpelah dekat...


Fail-fail seb baik semalam dah settle 2 3 bundle...uiskkkksss...ni ader lagi 3 bundle depan aku neh. Amaran: INI BUKAN KERJA TERTUNGGAK YEA....ekekekkekek...so korang bayangkanlah ke Black mondayan aku aku nih. Moody arr skit. ekekekkekekk


Gambar...ermmmm tadak gambar menarik aku nak upload...do n3 kali ni n3 biasa2 saja...


tata

Friday, April 9, 2010

Bila petang menjelma



Tajuk gempaq ja lebih....

Ni huh nak citer...hari2 kat lembah klang ni asik hujan jer. Ni sekarang pon mendung saja. Hujan sekali ngan ribut petir bagai. Aku suka hujan sebab nanti udara cam sejuk. Udara kat sini terutama kat area rumah MIL aku yang penuh ngan kilang tu aku rase cam index udaranya teruk dan panas terik cam pedih ja kulit kalo terdedah.

Bila reda hujan lebat aku rase udara lebih segar buat seketika tapi kalo tak hujan lama aku rasa cam udara dah tak ada ion-ion segar itu...Bila naik kereta dah tak boleh nak bukak cermin tingkap tak macam kat kg aku kat klate sane. Udara dia segar dan bebas dari asap kilang. Kereta pon tak ahhh sebanyak keta kat sini. Kalo udara tercemar pon akibat kentut orang2 kat sekitar aku ni ja....huishhhhh busyukkkk arrrrr.
Bila hari petang...aku suka ambil gambar matahari yang jatuh ke ufuk barat...
cam gambar2 yang ini....mengejar mentari senja gitu...soooo layannnn ajalah yea....

Ni matahri yang dah jatuh tapi sinar dia masih nampak...TEnguk awan tu cam berombak-ombak kang...Cantik Subhanallah.
Keluar rumah matahari lom keluar sarang....Balik rumah matahari dah nak masuk sarang semula...






Matahari yang sudah mampir pulang ke rumahnya....tapi aku masih mencari-cari jalan pulang...........

Masih adakah esok sinar untuk ku?????

Kenapa-aku-nak-blog-aku-dijelajah-oleh-En-Ben-Ashari.

Salam...


Tengok En.Ben pagi2 neh terang bijik mata :)

Kenapa ekkk saya nak blog saya neh dijelajah oleh En Ben? Saya pon tak pasti kenapa. Blog saya pon baru 2 minggu lepas dilancarkan. Cewasss.

En. Ben, untuk pengetahuan en. ben blog saya neh lebih kepada blog bergambar dan berkisar pada perjalanan kehidupan seharian saya dari rumah ke opis, sekitar opis, dari opis ke rumah atau sebelum sampai ke rumah melilau tempat lain dulu bersama DH. Gambar-gambar anak dan kehidupan bergambar yang ingin saya abadikan untuk tatapan diri saya dan InsyaAllah anak-anak saya nanti.

Selain tu jua saya kalo bleh nak menambahkan rakan kenalan. Sya cuba daftar kat geng bloger tapi sampai sekarang pendaftaran saya tak dapat dilakukan dengan jayanya. Saya kiciwa.

Sudi-sudilah en. ben jenguk blog saya. tapi jangan sekarang kalo buleh arrr...sebab n3 pon tak berapa banyak lagik. Minta pandangan dan tunjuk ajar en ben. Saya punya blog pon simple jer. Saya tak pandai nak godek2. Hari tu dah godek2 html pa kebendanya habes gambar ilang.. Hancus..

So silalah yea en. ben yea.

TQ

Hari yang dinantikan


Salam pagi Jumaat....

Iskkk hari Jumaat adalah hari yang ditunggu2 oleh aku dan mungkin segelintir pekerja di luar sana di mana esok sabtu dan ahad adalah hari cuti. Hari bersama keluarga. hari masak-masak. hari jalan-jalan. Bagi akulah. Orang lain aku kurang kepastian. So Apa perancangan

Since aku manerlah termampu lagi nak beli sebijik lappy so n3 aku kalo belah paginya adalah berkisar apa yang berlaku pada petang semalamnya.
Semalam aku dan DH balik kerja terus menonong pi HTAR tenguk anak buah hubby yang warded suspek denggi. Wohoaaaaaaaaaa ngeri dengar beb?

Bila tengok bangunan ni tergambar kenangan masa melahirkan baby Ancha. Dia anak jati Klang. Check up bulan-bulan kat Klang...beranak pon kat Klang.


Si Kakak dia lain skit. Walaupon aku menetap kat Klang tapi bulan-bulan check up punya kat HKL, beranak pon kat HKL. Jauh punya. Sebab apa aku check up kat saner coz masa tu aku kije kat saner daaaaaa.....so bersalin pon kat saner sebab senang dah ada rekod kat saner.
Keluar dari ward dah gelap. Sebenarnya dah sampai HTAR pon dah gelap. Kat sana bila gelap ko kena hati-hati bila berjalan sebab banyak gagak. Silap aribulan dia bukan berak atas keta korang tapi dia berak atas korang. Sesambil dia dok terbang2 tu huh. Tapi semalam aku tadaklah
diberakkan gagak neh.
Yang bintik-bintik hitam itu adalah sekawan-kawan gagak yang berterbangan dalam bentuk bulatan. Aku agak dalam 50 hingga 100 ekor gagak yang berterbangan itu kang...
Bising dengan bunyi ark...arkkk...arkkk
Apalah yang dikatakan oleh burung-burung gagak itu agaknya yea.....





Bila disuakan kamera tau pula gagak2 neh malu. Dia mula terbang larik. Iskk aku kepingin jumpa Raja Gagak. Orang cakap raja gagak warna putih. Yea ker?
Di HTAR ni banyak sangat gagak. Setau akulah Klang ni amat terkenal ngan burung gagak. Leh jadik maskot bandar Klang. Tapi yang aku muskillah kenapa area HTAR ni banyak sangat gagak huh. Korang tenguk balik gambar atas tu.


Kat KL dulu petang-petang DBKL tembak gagak. Yang aku nampak masa kat dataran DBKL tu. Kat Klang nanado???



Ni odw nak balik ikut little Idia. Bercahaya betul bandar neh. Cuba korang zooom kat Masjid tu. Aku cuba nak ambil gambar dari dalam kereta tapi tak berjaya. Cantik sangat masjid ne pada waktu malam. Bercahaya dan senibina dia pon menarik...
Tak pernah lagik berkesempatan pi sana bersolat. InsyaAllah one day nanti kout?...



Last-last berenti kat eporium klang makan nasi ayam goreng. Gambar tak snap. Alasan orang ramai segan plak aku dan yang kedua aku ngan DH lapar sangat. Huahuahua...pastu tapau 2 bungkus untuk mulut2 yang sedang menunggu di rumah. Itu saja.

So itu saja cerita bergambar untuk n3 pagi JUmaat.
Daaaa!!!






Thursday, April 8, 2010

Pelangi Petang

Salam Pagi Khamis.
Selamat Berpuasa bagi yang puasa sunat ini hari.
Semalam aku layan lagu neh. Banyak syiokkk woooo.
So pagi ni aku carik lirik...kalo nak nyanyi silakan.

PELANGI PETANG-SUDIRMAN
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pastiPergi jua...


Odw balik semalam tengah layan lagu neh. Cari pelangi tak jumpa aku snap ajalah gambar petang semalam. Cantik kang. Subhanallah Maha Suci Allah .


Wednesday, April 7, 2010

Jom jalan-jalan kat I-City Klang

Salam petang rabu..


Malam Isnin lepas My DH bawak kami gi tgk lampu lip lap kat bandar I-City Klang..
Best woooooo....layan lampu dia cantik...tak payah korang pi dataran tienneman(betui ka ejaan) kat China saner...kalo yang jauh nak ke bandar I-City tu...korang layan gambo ajalahh...tapi kalo berkesempatan gilah saner bawa anak-anak.

Ni kira kali ke3 aku pi saner... kali pertama dan kedua pergi masa tu kami lom beli kamera lagik...yang ada kamera hp susah plak aku nak upload gambar so sekali dah beli ni so apa lagik layannnn arrrr...orang tengah kemarul lagik ni huh. hahhahahah aku lah tu yea....

Masa malam aku gi tu bukan malam minggu tapi orang punyalah ramai.DH ngan amsyar tunggu lam keta...aku, kakak ngan cinar saja yang gi jalan2. Aku tengok ramai yang berfamily pergi. Ramai yang ambil gambar cam aku so tadaklah haku rase jakun kang...tapi awas korang jangan pi malam minggu nanti tak pepasal ko tersekat lam jem nak masuk ke kawasan lampu lip lap tuh dan parking pun agak jauh.

Tengah syiokkkk layan si kakak ngan cinar bergambar...sekali lalu si Yanzen penyanyi tu terus aku terlupa ambil gambar...apalah si jurufoto neh kang...kaget..kah kah kah..

Lets picture do the rest.....layannnnnnnn
Ni diambil masa lam keta...deretan lampu yang berbentuk ala-ala pokok tirus...































Farah ngan cinar berjalan-jalan antara pokok2 krimas...sungguh warna warni...santekkk...





























Christmas Tree ni terletak ditengah-tengah bangunan tu..

Jom Merapu

Opsssssssssss i did it again..hahhahahha sajer layan blog pagi2 neh. tenet pon laju ja tapi kamera plak DH ambil so tarak edisi gambare2 lagik arr.DH ada urusan nak kena pakai kamera.tapi takpelah korang layang ajalah edisi merabu meraban macik hokey.

Macik tukar lagik tagline ni huh dari Dunia Baru...kepada My World, Me & Myself...kiu kiu kiu speaking londong itu macik. Add macik pon dah tukar jugak dari bicarabonda kepada mocikelatejawo. Hak hak sebab apo macik buat jawo sebab DH macik orang jawo. Lagipon macik tengah syiokkk belajo bahase jawo nehhh...Disini macik perturunkan beberapa bahase yang telah macik rase macik dah paham ....antaranya
Nangdi..turu...kecutt..ngelih..medang..metong..orok eiso..wes..dan banyakkk lagik...


Sejak aku dok kat sini baru aku perasaan yang sebenarnya ramai gak rakyat klate yang berkahwen dengan masyarakat jawe kat selangor neh. Aku sebenarnya amat tertarik ngan budaya masyarakat jawe ni antaranya dari segi bahasanya dan makanannya.So sesapa yang pandai bahase jawo kalo nak ajo saya amatlah dipersilakan.TQ in advance yo.

Dari segi makanan aku amatlah gila sungguhnya masakan masakan MIL aku lodeh+lontong+sambal kacang+ayam masak kicap. Untuk resepi lodeh MIL aku tak masak lodeh cam masak sayur masak lemak. Dia punya cara pembuatan dan bahan2 agak lain skit. Nantilah aku bagi resipi yea...dan gambarnya plak tunggulah sehingga MIL aku buat. Pastu dia ada kuih lemper yang diperbuat dari pulut dan inti serunding kelapa+kukus...nasi ambeng antara peberet aku gak neh dan mcm2 lagik. InsyaAllah kalo MIL aku buat nanti aku tayang kat sini yea...

Iskkk tulis2 saja tadak gambar cam tak best kang...so aku ada kerja nak buat neh...korang layang gambar permandangan lah ekkk....Salammmmmmm

Terapi Jiwa

Salam Pagi Rabu.

Stress betuilah mocik semalam. Iskkk tak pepasal nak sound2 orang. Pandai ko sound orang...ko tau tak mocik stress pabila ko cakap macam tuh...serius gila mocik sentap beb. Seharian plak tu mocik stress. Tau sajerlah bila mocik stress...mengalahkan orang pms pula kaedahnya. GILAk.

Hati mocik betui2 tercalar dan hari ni mocik tak leh pandang muka dia. Mocik rase tak selesa. Macik rase mocik lom sedia lagi nak berhadapan dengan dia. So mocik mendapatkan terapi jiwa dari sahabat2 mocik dan mocik punya DH. Semalam mocik punya DH pon bawalah mocik dan sefamily gi makan kat Tesco aja tapi puashatilah makan. Senang jiwa peot kenyang hati lapang. Tapi hati mocik sudah terguriss...darah sudah kering tapi parutnya tetap ada....

So bagi yang stress ni huh macik bagik tips. Macik C$P aja dari blog si paeh aja. So buat pedoman sapa2 yang stress cam mocik jugok...huwaaaaaaaaaaaaaa

Cara paling mudah nak menangani STRESS ketika bekerja/belajar di tempat duduk anda buat kerja. Anda tak payah nak bangun2 dari kerusi tuu. Ada beberapa cara mudah yang saya boleh bagi tau di sini :



Mendengar musik.

kepada yang suka dengar musik hardcore2. Jika itu boleh bagi anda kurangkan stress, teruskan… hoho… bagi saya bila dengar lagu macam tu waktu stress. Lagi berserabut ada laa. Jika boleh dengarlah musik-musik yang sentimental sedikit ataupun lagu yang sederhana rancak. Asalkan jangan sampai head banging sudah laa. nanti apa pula kata orang yang melihat anda.
Membaca sesuatu.

Kepada yang Muslim boleh laa anda membaca Al-quran. Jika tiada, anda boleh membaca zikir2 yang mudah. Kepada yang beragama lain boleh membaca atau membuat cara agama anda sendiri. Selain daripada itu, anda boleh baca komik juga. Mungkin komik yang lawak menjadi pilihan anda.
Bercakap dengan seseorang.

Tak kisah laa anda nak bercakap dengan orang sebelah anda atau bercakap melalui telefon. Cara ini juga dapat mengurangkan stress korang.
Pernafasan yang betul.

Pernafasan yang betul adalah menyedut udara melalui hidung dan menghembuskan dari mulut. Jika ini anda tidak praktikkan oksigen yang masuk ke otak tidak banyak. Jika oksigen tak banyak masuk, maka anda mudah mengalami stress. Mungkin susah nak mengawal pernafasan kita dengan betul, tetapi ambil masa dalam beberapa minit untuk menstabilkan pernafasan anda. Pejamkan mata, tarik hembus beberapa kali, fikirkan perkara yang indah seketika dan buka mata secara perlahan-lahan.


notakaki : Jika stress anda tidak dapat di kawal lagi, jumpa dan bercakap dengan seseorang yang rapat dengan anda. Jangan malu-malu oke! kerana mereka juga boleh membantu anda mengurangkan STRESS. Kredit to http://www.paeh.net/menangani-stress-di-meja-kerjabelajar/

atau layan gambar neh pon best gak kang...ilang stresss

Monday, April 5, 2010

Exam punya pasal

Salam petang Isnin.

Exam...Duhhh malas betui aku nak menduduki apa2 yang dipanggil exam tak kiralah exam PTK atau pun exam tok perkhidmatan gred 41. Malas betui. Nak2 aku bukanlah otak pandai dan yang paling aku cemuh nak kena baca buku. Agak2 ada tak orang yang tak baca buku leh lulus??..Uiskkk kalo orang itu adalah aku kang best...

So kat opis pepetang ni aku dok layan buku ni ajerlah...kang best kalo dapat baca novel kegemaran aku karya Ramlee Awang Mursyid...Wah rindu dan bebetui aku jatuh chenta sama itu watak Laksamana Sunan. Ermmmmm..First time aku layan novel yang membuatkan aku jatuh cinta dengan wataknya.. Mengasyikkan lah.Agak2 bilalah Ramlee Awang Mursyid neh nak publish buku baru...

So dari aku melarak...layan gambar ajelah yea...


Ni huh buku pink yang menjadi peneman saya sejak 2...3 hari neh...pegang anak 2 minit...buku 5 minit..kalo tak leh jawab lagik tak taulah nak cakap apo yo...muhahhahahha...




Ni huruf ni makin lama makin mengecil jer nampaknya. Kalo tgk tv terutama HBO ka Star Movie ka...luas bijik mata...Kalo tgk buku neh...huruf dia...makin lama makin tertutup bijik mata...walaew tol....



Ni plak gambar mee bandung yang aku buat setahun yang lepas...opssss minggu lepas...layannnnnn.....




notajari gebus: Langit Cerah petang ni tapi macam ada mendung di hati....

Dunia Baru

Salam.

Kenapa aku pilih DUNIA BARU. Sebab dunia blog adalah baru bagi aku. Memandangkan aku pon baru beli camera digital so makin berkobar2 aku nak membuka blog aku. Maka dengan daya iltizam yang amat tinggi maka aku pon pk punya pk aku pon bukaklah blog ngan tagline Dunia Baru...Jom dengar aku membebel...hahahhahhaha jangan marah yea En Ben.

Ni antara blog yang misti aku bukak pagi petang kat opis aku..
Blog Che mat Gebu... klik sini http://tiffinbiru.blogspot.com/
dan blog ben ashari....http://www.benashaari.com
dua blog neh misti aku bukak.

CMG..blog masakan yang paling aku suka C&P...bagi aku yang baru nak belajar memasak neh aku suka jalan2 kat blog neh sebab banyak resepi berserta gambar2 masakan yang menarik tambahan blog pinggan mangkuknya pon menewan kalbu....

Kalo ben ashari plak...aku suka tgk blog bergambar macam tu...hahahhah tambahan dia plak ensem gak...hahhahahhahah ya Amponnn My Dahling Husband jangan marah noooo. hak hak hak

Buat sementara ini dua blog ini aja dulu...
nanti aku buat edisi ziarah blog lain yang aku suka masuk baca dan kopi paste terutama resepi2 arrr....

ok. tata

notajarigebu:Edisi tulis menulis tiada gambar.My DH ambil kamera arrr.

Omong kosong

Salam hari isnin..

Dua hari kat rumah terasa kejap jer. Petang jumaat tu masa balik kang hujan lebat kang main banyak plan nak gi situ sini ngan suami...semua rancangan hancur. Last2 balik umah MIL ajer. Semua plan tak menjadi. Minggu neh hari sabtu ada exam sampai petang... so Ahadnya plak kije so dalam arti kata lain tak gi kemana lah kalo aku kije. Fenat weh.

So cerita dalam n3 kali ini ialah. Apa pasal ehhh perempuan masa lom kahwen misti malu bila nak bercerita atau pon nak berkongsi cerita pasal benda2 yang melibatkan 18SX tapi bi;a kawen semua tu dah tadak lam kamus 'kemaluan' mereka lagik. Sebagai contoh anak dara misti macam kemaluan-maluan bila dia dengar rakan-rakan dok bercerita benda-benda dalam kelambu, yang dibuat lawak jenaka dan keadaan boleh menjadi lebih buruk kalo yang bercerita tu lelaki dan boleh menyebabkan dilabelkan sebagai sexual harrasment. Tapi bila dah kawen mereka ini kadang kala, selalu2 jugak berkongsi cerita dalam kelambu atau apa2 yang tak sepatutnya dikongsi bersama orang luar walaupon sebagai bahan lawak sekalipon. Aku bercakap atas dasar pemerhatian dan aku selalu peratikan kalo anak dara macam malu2 dan mungkin beredar dr tempat itu tapi kalo perempuan yang dah berkahwen ...walawehhhhh....So korang faham tak apa yang nak aku sampaikan...kalo tak faham jugak tak taulah aku nak cakap apa lagik.

Aku hanya berkongsi pandangan dan pendapat sahaja apa yang berlaku disekitar aku...soooo no heart offend yae...opsssssssssss bagi yang baca tu jangan hentam aku arrr...

Salam.

Friday, April 2, 2010

Vaksin H1N1

Salam petang Jumaat..

Sidang blogs yang dihormati sekalian. Cewas ayat skeema gila. Nak cita huh. Tadi pagi aku ke sini Untuk mendapatkan vaksini H1N1...Boleh tahan arr dia punya ubat tu. Masa suntik tu tak sakit apa pon..relaks jer tapi nak masuk bilik 10 tu sejuk gak kakitangan. HahHHhahha





Ni Plak gambar kat dalam




Ni plak panadol yang aku kena telan after ambil suntikan. Panadol neh nurse kat klinik kesihatan tu yang bagi. Kena telan sebab suntikan itu nanti buat badan rasa tidak selesa.

Suntikan diambil jam 9.00 am...sekarang aku update dah kol 6.14pm. Terasa tangan belah kiri neh lenguh2. Tadi badan rasa cam seram sejuk. Aduhhh janganlah deman dengan anak kecik bagai. Ni pon terasa vitamin M tengah membara. Aduh agak-agak bolehlah yea guna alasan tangan lenguh untuk tidak bersilat kat dapur memasak nanti. Nak masak apa pon tak tau...