Showing posts with label Bebeling. Show all posts
Showing posts with label Bebeling. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Monday Blues

Salam Petang Isnin.
Black Monday atau Monday Blues. Sinonim dengan orang2 yang bekerja tak kire kije gomen atau swasta. Bagi yang kije sendiri dia tak kisah nak masok opis pukul berapa pon, tak akan ada surat tunjuk sebab dan sebagainya. Malangnya bagi kami2 yang kije gomen ni selisih Malaikat 44 nak menjawab surat tunjuk sebab atau menunggu kad kuning bertukar hijau atau merah cam trafik lite.
Minggu ni turn aku tukang jaga pintu belakang. Tugasnya mudah tapi nak melaksanakannya agak payah terutama kena bukak seawal pukul 7.10 pagi atau selewat2nya sebelum 7.30 am kalo tak insyaAllah surat cinta tunjuk sebab menanti di atas meja untuk dijawab. Tutup paling awal jam 6.00 ptg atau paling lambat ikot suka hati bos2 besar nak balik pukul berapa tapi setakat ini jam 6.30 ah.
Hari ni seawal 9.30am dah ada mesyuarat. Ahh bosan mummy bosan gak tapi seb baik ader nasik lemak dengan air teh keruh. Lepas pekena terasa berat mata memandang berat lagik kelopak mata nak bukak seb baik mesyuaratnya tak lama.
Tinggal esok sehari lagi sebelum kita menyambut Ramadhan pada tahun ini. Belum nampak kanopi2 putih dipasang di bawah. Nanti sepanjang satu bulan bermacam2 bau akan menyusup masuk ke bilik aku. Bau ayam percik, nasi dagang, nasi kerabu, murtabak, kuih muih pendek kata macam2 ah. Jangan gisau nanti aku update gambo yea.
Itu sahaja coretan pada petang ini. Ubat nak menghilangkan mengantuk. Opsss lupa ada setengah lagik nasi dagang lom habis di makan. Okay wa cabut dulu. Tata
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Nak tukar kije buleh?....

Monday, April 5, 2010

Omong kosong

Salam hari isnin..

Dua hari kat rumah terasa kejap jer. Petang jumaat tu masa balik kang hujan lebat kang main banyak plan nak gi situ sini ngan suami...semua rancangan hancur. Last2 balik umah MIL ajer. Semua plan tak menjadi. Minggu neh hari sabtu ada exam sampai petang... so Ahadnya plak kije so dalam arti kata lain tak gi kemana lah kalo aku kije. Fenat weh.

So cerita dalam n3 kali ini ialah. Apa pasal ehhh perempuan masa lom kahwen misti malu bila nak bercerita atau pon nak berkongsi cerita pasal benda2 yang melibatkan 18SX tapi bi;a kawen semua tu dah tadak lam kamus 'kemaluan' mereka lagik. Sebagai contoh anak dara misti macam kemaluan-maluan bila dia dengar rakan-rakan dok bercerita benda-benda dalam kelambu, yang dibuat lawak jenaka dan keadaan boleh menjadi lebih buruk kalo yang bercerita tu lelaki dan boleh menyebabkan dilabelkan sebagai sexual harrasment. Tapi bila dah kawen mereka ini kadang kala, selalu2 jugak berkongsi cerita dalam kelambu atau apa2 yang tak sepatutnya dikongsi bersama orang luar walaupon sebagai bahan lawak sekalipon. Aku bercakap atas dasar pemerhatian dan aku selalu peratikan kalo anak dara macam malu2 dan mungkin beredar dr tempat itu tapi kalo perempuan yang dah berkahwen ...walawehhhhh....So korang faham tak apa yang nak aku sampaikan...kalo tak faham jugak tak taulah aku nak cakap apa lagik.

Aku hanya berkongsi pandangan dan pendapat sahaja apa yang berlaku disekitar aku...soooo no heart offend yae...opsssssssssss bagi yang baca tu jangan hentam aku arrr...

Salam.