Monday, August 9, 2010

Monday Blues

Salam Petang Isnin.
Black Monday atau Monday Blues. Sinonim dengan orang2 yang bekerja tak kire kije gomen atau swasta. Bagi yang kije sendiri dia tak kisah nak masok opis pukul berapa pon, tak akan ada surat tunjuk sebab dan sebagainya. Malangnya bagi kami2 yang kije gomen ni selisih Malaikat 44 nak menjawab surat tunjuk sebab atau menunggu kad kuning bertukar hijau atau merah cam trafik lite.
Minggu ni turn aku tukang jaga pintu belakang. Tugasnya mudah tapi nak melaksanakannya agak payah terutama kena bukak seawal pukul 7.10 pagi atau selewat2nya sebelum 7.30 am kalo tak insyaAllah surat cinta tunjuk sebab menanti di atas meja untuk dijawab. Tutup paling awal jam 6.00 ptg atau paling lambat ikot suka hati bos2 besar nak balik pukul berapa tapi setakat ini jam 6.30 ah.
Hari ni seawal 9.30am dah ada mesyuarat. Ahh bosan mummy bosan gak tapi seb baik ader nasik lemak dengan air teh keruh. Lepas pekena terasa berat mata memandang berat lagik kelopak mata nak bukak seb baik mesyuaratnya tak lama.
Tinggal esok sehari lagi sebelum kita menyambut Ramadhan pada tahun ini. Belum nampak kanopi2 putih dipasang di bawah. Nanti sepanjang satu bulan bermacam2 bau akan menyusup masuk ke bilik aku. Bau ayam percik, nasi dagang, nasi kerabu, murtabak, kuih muih pendek kata macam2 ah. Jangan gisau nanti aku update gambo yea.
Itu sahaja coretan pada petang ini. Ubat nak menghilangkan mengantuk. Opsss lupa ada setengah lagik nasi dagang lom habis di makan. Okay wa cabut dulu. Tata
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Nak tukar kije buleh?....

No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen silakan,