Friday, August 6, 2010

Alasan...

Salam Petang Jumaat.

Dah lama rasenya aku tak menulis kat blog ni. Sejak tempat duduk kat opis dah berubah aku dan pemandangan tasik bertukar ke pemandangan hutan batu seolah-olah idea aku pon turut jadi batu.

Situasi kat opis merencatkan lagi idea nak menulis kat blog tapi sebenarnya kalo aku rajin banyak menda sebenarnya yang boleh diupdate. Sebagai contoh 5S yang dah diperkenalkan di opis neh sebenarnya boleh mendatangkan idea untuk menulis.

Kalau pasal famili pula...banyak xtvt yang boleh dimasukkan dalam blog ni. Dari catatan pasal amsyar yang dah pandai meniarap...dan deman nak merangkak dan dah pandai angkat2 tangan minta orang dokong. Pasal si kakak yang sudah pandai nyanyi lagu ' Ar u pin pin...ar u pin pin..din dom del"...pasal sang suami...pasai harijadi aku....pasal cuti2 kami di BBBR....semuanya boleh dijadikan modal untuk menulis n3 di blog neh tapi nah mengapa hajat tak kesampaian.

Dulu guna alasan kat rumah tadak lappy sekarang dah beli lappy masih tak jalan. Bukak Fb, mengarut kat dinding2 dan terus sign out. dah tak masuk blog pon. Merajuk Blog. Maklumlah sekarangkan jaman fb. Blog dah jatuh no.2.

Erm kalo dipikirkan macam2 alasan yang boleh dibuat kan.

Rabu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Selamat Berpuasa untuk Semua Muslimin dan Muslimat.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Wish.
1. Belajar memandu ah. Jangan tak tau aku masih lom ada lesen memandu dan tak pandai nak memandu keretA :)

No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen silakan,