Friday, April 9, 2010

Hari yang dinantikan


Salam pagi Jumaat....

Iskkk hari Jumaat adalah hari yang ditunggu2 oleh aku dan mungkin segelintir pekerja di luar sana di mana esok sabtu dan ahad adalah hari cuti. Hari bersama keluarga. hari masak-masak. hari jalan-jalan. Bagi akulah. Orang lain aku kurang kepastian. So Apa perancangan

Since aku manerlah termampu lagi nak beli sebijik lappy so n3 aku kalo belah paginya adalah berkisar apa yang berlaku pada petang semalamnya.
Semalam aku dan DH balik kerja terus menonong pi HTAR tenguk anak buah hubby yang warded suspek denggi. Wohoaaaaaaaaaa ngeri dengar beb?

Bila tengok bangunan ni tergambar kenangan masa melahirkan baby Ancha. Dia anak jati Klang. Check up bulan-bulan kat Klang...beranak pon kat Klang.


Si Kakak dia lain skit. Walaupon aku menetap kat Klang tapi bulan-bulan check up punya kat HKL, beranak pon kat HKL. Jauh punya. Sebab apa aku check up kat saner coz masa tu aku kije kat saner daaaaaa.....so bersalin pon kat saner sebab senang dah ada rekod kat saner.
Keluar dari ward dah gelap. Sebenarnya dah sampai HTAR pon dah gelap. Kat sana bila gelap ko kena hati-hati bila berjalan sebab banyak gagak. Silap aribulan dia bukan berak atas keta korang tapi dia berak atas korang. Sesambil dia dok terbang2 tu huh. Tapi semalam aku tadaklah
diberakkan gagak neh.
Yang bintik-bintik hitam itu adalah sekawan-kawan gagak yang berterbangan dalam bentuk bulatan. Aku agak dalam 50 hingga 100 ekor gagak yang berterbangan itu kang...
Bising dengan bunyi ark...arkkk...arkkk
Apalah yang dikatakan oleh burung-burung gagak itu agaknya yea.....





Bila disuakan kamera tau pula gagak2 neh malu. Dia mula terbang larik. Iskk aku kepingin jumpa Raja Gagak. Orang cakap raja gagak warna putih. Yea ker?
Di HTAR ni banyak sangat gagak. Setau akulah Klang ni amat terkenal ngan burung gagak. Leh jadik maskot bandar Klang. Tapi yang aku muskillah kenapa area HTAR ni banyak sangat gagak huh. Korang tenguk balik gambar atas tu.


Kat KL dulu petang-petang DBKL tembak gagak. Yang aku nampak masa kat dataran DBKL tu. Kat Klang nanado???



Ni odw nak balik ikut little Idia. Bercahaya betul bandar neh. Cuba korang zooom kat Masjid tu. Aku cuba nak ambil gambar dari dalam kereta tapi tak berjaya. Cantik sangat masjid ne pada waktu malam. Bercahaya dan senibina dia pon menarik...
Tak pernah lagik berkesempatan pi sana bersolat. InsyaAllah one day nanti kout?...



Last-last berenti kat eporium klang makan nasi ayam goreng. Gambar tak snap. Alasan orang ramai segan plak aku dan yang kedua aku ngan DH lapar sangat. Huahuahua...pastu tapau 2 bungkus untuk mulut2 yang sedang menunggu di rumah. Itu saja.

So itu saja cerita bergambar untuk n3 pagi JUmaat.
Daaaa!!!






No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen silakan,