Wednesday, April 7, 2010

Terapi Jiwa

Salam Pagi Rabu.

Stress betuilah mocik semalam. Iskkk tak pepasal nak sound2 orang. Pandai ko sound orang...ko tau tak mocik stress pabila ko cakap macam tuh...serius gila mocik sentap beb. Seharian plak tu mocik stress. Tau sajerlah bila mocik stress...mengalahkan orang pms pula kaedahnya. GILAk.

Hati mocik betui2 tercalar dan hari ni mocik tak leh pandang muka dia. Mocik rase tak selesa. Macik rase mocik lom sedia lagi nak berhadapan dengan dia. So mocik mendapatkan terapi jiwa dari sahabat2 mocik dan mocik punya DH. Semalam mocik punya DH pon bawalah mocik dan sefamily gi makan kat Tesco aja tapi puashatilah makan. Senang jiwa peot kenyang hati lapang. Tapi hati mocik sudah terguriss...darah sudah kering tapi parutnya tetap ada....

So bagi yang stress ni huh macik bagik tips. Macik C$P aja dari blog si paeh aja. So buat pedoman sapa2 yang stress cam mocik jugok...huwaaaaaaaaaaaaaa

Cara paling mudah nak menangani STRESS ketika bekerja/belajar di tempat duduk anda buat kerja. Anda tak payah nak bangun2 dari kerusi tuu. Ada beberapa cara mudah yang saya boleh bagi tau di sini :



Mendengar musik.

kepada yang suka dengar musik hardcore2. Jika itu boleh bagi anda kurangkan stress, teruskan… hoho… bagi saya bila dengar lagu macam tu waktu stress. Lagi berserabut ada laa. Jika boleh dengarlah musik-musik yang sentimental sedikit ataupun lagu yang sederhana rancak. Asalkan jangan sampai head banging sudah laa. nanti apa pula kata orang yang melihat anda.
Membaca sesuatu.

Kepada yang Muslim boleh laa anda membaca Al-quran. Jika tiada, anda boleh membaca zikir2 yang mudah. Kepada yang beragama lain boleh membaca atau membuat cara agama anda sendiri. Selain daripada itu, anda boleh baca komik juga. Mungkin komik yang lawak menjadi pilihan anda.
Bercakap dengan seseorang.

Tak kisah laa anda nak bercakap dengan orang sebelah anda atau bercakap melalui telefon. Cara ini juga dapat mengurangkan stress korang.
Pernafasan yang betul.

Pernafasan yang betul adalah menyedut udara melalui hidung dan menghembuskan dari mulut. Jika ini anda tidak praktikkan oksigen yang masuk ke otak tidak banyak. Jika oksigen tak banyak masuk, maka anda mudah mengalami stress. Mungkin susah nak mengawal pernafasan kita dengan betul, tetapi ambil masa dalam beberapa minit untuk menstabilkan pernafasan anda. Pejamkan mata, tarik hembus beberapa kali, fikirkan perkara yang indah seketika dan buka mata secara perlahan-lahan.


notakaki : Jika stress anda tidak dapat di kawal lagi, jumpa dan bercakap dengan seseorang yang rapat dengan anda. Jangan malu-malu oke! kerana mereka juga boleh membantu anda mengurangkan STRESS. Kredit to http://www.paeh.net/menangani-stress-di-meja-kerjabelajar/

atau layan gambar neh pon best gak kang...ilang stresss

No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen silakan,