Wednesday, April 7, 2010

Jom jalan-jalan kat I-City Klang

Salam petang rabu..


Malam Isnin lepas My DH bawak kami gi tgk lampu lip lap kat bandar I-City Klang..
Best woooooo....layan lampu dia cantik...tak payah korang pi dataran tienneman(betui ka ejaan) kat China saner...kalo yang jauh nak ke bandar I-City tu...korang layan gambo ajalahh...tapi kalo berkesempatan gilah saner bawa anak-anak.

Ni kira kali ke3 aku pi saner... kali pertama dan kedua pergi masa tu kami lom beli kamera lagik...yang ada kamera hp susah plak aku nak upload gambar so sekali dah beli ni so apa lagik layannnn arrrr...orang tengah kemarul lagik ni huh. hahhahahah aku lah tu yea....

Masa malam aku gi tu bukan malam minggu tapi orang punyalah ramai.DH ngan amsyar tunggu lam keta...aku, kakak ngan cinar saja yang gi jalan2. Aku tengok ramai yang berfamily pergi. Ramai yang ambil gambar cam aku so tadaklah haku rase jakun kang...tapi awas korang jangan pi malam minggu nanti tak pepasal ko tersekat lam jem nak masuk ke kawasan lampu lip lap tuh dan parking pun agak jauh.

Tengah syiokkkk layan si kakak ngan cinar bergambar...sekali lalu si Yanzen penyanyi tu terus aku terlupa ambil gambar...apalah si jurufoto neh kang...kaget..kah kah kah..

Lets picture do the rest.....layannnnnnnn
Ni diambil masa lam keta...deretan lampu yang berbentuk ala-ala pokok tirus...































Farah ngan cinar berjalan-jalan antara pokok2 krimas...sungguh warna warni...santekkk...





























Christmas Tree ni terletak ditengah-tengah bangunan tu..

Jom Merapu

Opsssssssssss i did it again..hahhahahha sajer layan blog pagi2 neh. tenet pon laju ja tapi kamera plak DH ambil so tarak edisi gambare2 lagik arr.DH ada urusan nak kena pakai kamera.tapi takpelah korang layang ajalah edisi merabu meraban macik hokey.

Macik tukar lagik tagline ni huh dari Dunia Baru...kepada My World, Me & Myself...kiu kiu kiu speaking londong itu macik. Add macik pon dah tukar jugak dari bicarabonda kepada mocikelatejawo. Hak hak sebab apo macik buat jawo sebab DH macik orang jawo. Lagipon macik tengah syiokkk belajo bahase jawo nehhh...Disini macik perturunkan beberapa bahase yang telah macik rase macik dah paham ....antaranya
Nangdi..turu...kecutt..ngelih..medang..metong..orok eiso..wes..dan banyakkk lagik...


Sejak aku dok kat sini baru aku perasaan yang sebenarnya ramai gak rakyat klate yang berkahwen dengan masyarakat jawe kat selangor neh. Aku sebenarnya amat tertarik ngan budaya masyarakat jawe ni antaranya dari segi bahasanya dan makanannya.So sesapa yang pandai bahase jawo kalo nak ajo saya amatlah dipersilakan.TQ in advance yo.

Dari segi makanan aku amatlah gila sungguhnya masakan masakan MIL aku lodeh+lontong+sambal kacang+ayam masak kicap. Untuk resepi lodeh MIL aku tak masak lodeh cam masak sayur masak lemak. Dia punya cara pembuatan dan bahan2 agak lain skit. Nantilah aku bagi resipi yea...dan gambarnya plak tunggulah sehingga MIL aku buat. Pastu dia ada kuih lemper yang diperbuat dari pulut dan inti serunding kelapa+kukus...nasi ambeng antara peberet aku gak neh dan mcm2 lagik. InsyaAllah kalo MIL aku buat nanti aku tayang kat sini yea...

Iskkk tulis2 saja tadak gambar cam tak best kang...so aku ada kerja nak buat neh...korang layang gambar permandangan lah ekkk....Salammmmmmm

Terapi Jiwa

Salam Pagi Rabu.

Stress betuilah mocik semalam. Iskkk tak pepasal nak sound2 orang. Pandai ko sound orang...ko tau tak mocik stress pabila ko cakap macam tuh...serius gila mocik sentap beb. Seharian plak tu mocik stress. Tau sajerlah bila mocik stress...mengalahkan orang pms pula kaedahnya. GILAk.

Hati mocik betui2 tercalar dan hari ni mocik tak leh pandang muka dia. Mocik rase tak selesa. Macik rase mocik lom sedia lagi nak berhadapan dengan dia. So mocik mendapatkan terapi jiwa dari sahabat2 mocik dan mocik punya DH. Semalam mocik punya DH pon bawalah mocik dan sefamily gi makan kat Tesco aja tapi puashatilah makan. Senang jiwa peot kenyang hati lapang. Tapi hati mocik sudah terguriss...darah sudah kering tapi parutnya tetap ada....

So bagi yang stress ni huh macik bagik tips. Macik C$P aja dari blog si paeh aja. So buat pedoman sapa2 yang stress cam mocik jugok...huwaaaaaaaaaaaaaa

Cara paling mudah nak menangani STRESS ketika bekerja/belajar di tempat duduk anda buat kerja. Anda tak payah nak bangun2 dari kerusi tuu. Ada beberapa cara mudah yang saya boleh bagi tau di sini :



Mendengar musik.

kepada yang suka dengar musik hardcore2. Jika itu boleh bagi anda kurangkan stress, teruskan… hoho… bagi saya bila dengar lagu macam tu waktu stress. Lagi berserabut ada laa. Jika boleh dengarlah musik-musik yang sentimental sedikit ataupun lagu yang sederhana rancak. Asalkan jangan sampai head banging sudah laa. nanti apa pula kata orang yang melihat anda.
Membaca sesuatu.

Kepada yang Muslim boleh laa anda membaca Al-quran. Jika tiada, anda boleh membaca zikir2 yang mudah. Kepada yang beragama lain boleh membaca atau membuat cara agama anda sendiri. Selain daripada itu, anda boleh baca komik juga. Mungkin komik yang lawak menjadi pilihan anda.
Bercakap dengan seseorang.

Tak kisah laa anda nak bercakap dengan orang sebelah anda atau bercakap melalui telefon. Cara ini juga dapat mengurangkan stress korang.
Pernafasan yang betul.

Pernafasan yang betul adalah menyedut udara melalui hidung dan menghembuskan dari mulut. Jika ini anda tidak praktikkan oksigen yang masuk ke otak tidak banyak. Jika oksigen tak banyak masuk, maka anda mudah mengalami stress. Mungkin susah nak mengawal pernafasan kita dengan betul, tetapi ambil masa dalam beberapa minit untuk menstabilkan pernafasan anda. Pejamkan mata, tarik hembus beberapa kali, fikirkan perkara yang indah seketika dan buka mata secara perlahan-lahan.


notakaki : Jika stress anda tidak dapat di kawal lagi, jumpa dan bercakap dengan seseorang yang rapat dengan anda. Jangan malu-malu oke! kerana mereka juga boleh membantu anda mengurangkan STRESS. Kredit to http://www.paeh.net/menangani-stress-di-meja-kerjabelajar/

atau layan gambar neh pon best gak kang...ilang stresss

Monday, April 5, 2010

Exam punya pasal

Salam petang Isnin.

Exam...Duhhh malas betui aku nak menduduki apa2 yang dipanggil exam tak kiralah exam PTK atau pun exam tok perkhidmatan gred 41. Malas betui. Nak2 aku bukanlah otak pandai dan yang paling aku cemuh nak kena baca buku. Agak2 ada tak orang yang tak baca buku leh lulus??..Uiskkk kalo orang itu adalah aku kang best...

So kat opis pepetang ni aku dok layan buku ni ajerlah...kang best kalo dapat baca novel kegemaran aku karya Ramlee Awang Mursyid...Wah rindu dan bebetui aku jatuh chenta sama itu watak Laksamana Sunan. Ermmmmm..First time aku layan novel yang membuatkan aku jatuh cinta dengan wataknya.. Mengasyikkan lah.Agak2 bilalah Ramlee Awang Mursyid neh nak publish buku baru...

So dari aku melarak...layan gambar ajelah yea...


Ni huh buku pink yang menjadi peneman saya sejak 2...3 hari neh...pegang anak 2 minit...buku 5 minit..kalo tak leh jawab lagik tak taulah nak cakap apo yo...muhahhahahha...




Ni huruf ni makin lama makin mengecil jer nampaknya. Kalo tgk tv terutama HBO ka Star Movie ka...luas bijik mata...Kalo tgk buku neh...huruf dia...makin lama makin tertutup bijik mata...walaew tol....



Ni plak gambar mee bandung yang aku buat setahun yang lepas...opssss minggu lepas...layannnnnn.....




notajari gebus: Langit Cerah petang ni tapi macam ada mendung di hati....

Dunia Baru

Salam.

Kenapa aku pilih DUNIA BARU. Sebab dunia blog adalah baru bagi aku. Memandangkan aku pon baru beli camera digital so makin berkobar2 aku nak membuka blog aku. Maka dengan daya iltizam yang amat tinggi maka aku pon pk punya pk aku pon bukaklah blog ngan tagline Dunia Baru...Jom dengar aku membebel...hahahhahhaha jangan marah yea En Ben.

Ni antara blog yang misti aku bukak pagi petang kat opis aku..
Blog Che mat Gebu... klik sini http://tiffinbiru.blogspot.com/
dan blog ben ashari....http://www.benashaari.com
dua blog neh misti aku bukak.

CMG..blog masakan yang paling aku suka C&P...bagi aku yang baru nak belajar memasak neh aku suka jalan2 kat blog neh sebab banyak resepi berserta gambar2 masakan yang menarik tambahan blog pinggan mangkuknya pon menewan kalbu....

Kalo ben ashari plak...aku suka tgk blog bergambar macam tu...hahahhah tambahan dia plak ensem gak...hahhahahhahah ya Amponnn My Dahling Husband jangan marah noooo. hak hak hak

Buat sementara ini dua blog ini aja dulu...
nanti aku buat edisi ziarah blog lain yang aku suka masuk baca dan kopi paste terutama resepi2 arrr....

ok. tata

notajarigebu:Edisi tulis menulis tiada gambar.My DH ambil kamera arrr.

Omong kosong

Salam hari isnin..

Dua hari kat rumah terasa kejap jer. Petang jumaat tu masa balik kang hujan lebat kang main banyak plan nak gi situ sini ngan suami...semua rancangan hancur. Last2 balik umah MIL ajer. Semua plan tak menjadi. Minggu neh hari sabtu ada exam sampai petang... so Ahadnya plak kije so dalam arti kata lain tak gi kemana lah kalo aku kije. Fenat weh.

So cerita dalam n3 kali ini ialah. Apa pasal ehhh perempuan masa lom kahwen misti malu bila nak bercerita atau pon nak berkongsi cerita pasal benda2 yang melibatkan 18SX tapi bi;a kawen semua tu dah tadak lam kamus 'kemaluan' mereka lagik. Sebagai contoh anak dara misti macam kemaluan-maluan bila dia dengar rakan-rakan dok bercerita benda-benda dalam kelambu, yang dibuat lawak jenaka dan keadaan boleh menjadi lebih buruk kalo yang bercerita tu lelaki dan boleh menyebabkan dilabelkan sebagai sexual harrasment. Tapi bila dah kawen mereka ini kadang kala, selalu2 jugak berkongsi cerita dalam kelambu atau apa2 yang tak sepatutnya dikongsi bersama orang luar walaupon sebagai bahan lawak sekalipon. Aku bercakap atas dasar pemerhatian dan aku selalu peratikan kalo anak dara macam malu2 dan mungkin beredar dr tempat itu tapi kalo perempuan yang dah berkahwen ...walawehhhhh....So korang faham tak apa yang nak aku sampaikan...kalo tak faham jugak tak taulah aku nak cakap apa lagik.

Aku hanya berkongsi pandangan dan pendapat sahaja apa yang berlaku disekitar aku...soooo no heart offend yae...opsssssssssss bagi yang baca tu jangan hentam aku arrr...

Salam.

Friday, April 2, 2010

Vaksin H1N1

Salam petang Jumaat..

Sidang blogs yang dihormati sekalian. Cewas ayat skeema gila. Nak cita huh. Tadi pagi aku ke sini Untuk mendapatkan vaksini H1N1...Boleh tahan arr dia punya ubat tu. Masa suntik tu tak sakit apa pon..relaks jer tapi nak masuk bilik 10 tu sejuk gak kakitangan. HahHHhahha





Ni Plak gambar kat dalam




Ni plak panadol yang aku kena telan after ambil suntikan. Panadol neh nurse kat klinik kesihatan tu yang bagi. Kena telan sebab suntikan itu nanti buat badan rasa tidak selesa.

Suntikan diambil jam 9.00 am...sekarang aku update dah kol 6.14pm. Terasa tangan belah kiri neh lenguh2. Tadi badan rasa cam seram sejuk. Aduhhh janganlah deman dengan anak kecik bagai. Ni pon terasa vitamin M tengah membara. Aduh agak-agak bolehlah yea guna alasan tangan lenguh untuk tidak bersilat kat dapur memasak nanti. Nak masak apa pon tak tau...