Monday, November 22, 2010

Manusia dan Pasport

Salam pagi Isnin.
Kenapa tajuk aku hari ini manusia dan Pasport...?
Senario cuti sekolah.....especially di lembah Kelang ini, pejabat pengeluar dan penerima Pasport akan menghadapi fenomena di mana ramai orang (orang ramai-ramai) berlumba-lumba membuat Pasport. Sementelah sekarang ni Pasport Malaysia sudah berharga RM100 untuk 2 tahun.
Mentaliti manusia di lembah kelang ini aku rasalah berpendapat selain yang betul2 memerlukan pasport untuk keluar negara atas pelbagai alasan ada juga yang berpendapat selagi mereka menetap di lembah kelang mereka perlu memiliki pasport sampaian budak yang baru lahir semalam, hari ni mak bapa dia dah datang bawa baby tersebut buat pasport. Hebatkan penangan pasport. Tambahan dengan adanya etekno sekarang akan diadakan pula permohonan pasport secara online lagilah berkoyan-koyan manusia datang kutip pasport.\

Bagi aku secara peribadinya berpendapat, ini adalah satu usaha yang bagus dan baik dalam menambahbaiki perkhidmatan tetapi secara jujurnya ada baiknya Kerajaan memperhalusi lagi kaedah ini demi menjaga keselamatan dan keoriginaity sesuatu pasport tersebut.

Semoga pegawai-pegawai Imigresen yang bekerja di Bahagian Pasport bekerjalah dengan niat yang betul, telus, amanah dan ceria. Apa-apa pun kita lakukan lah yang terbaik.. InsyaAllah kita bukan hanya menharapkan gaji yang dimasukkan setiap hujung bulan tapi yang penting kita mengharapkan KeRedhaan Allah s.w.t. Lillahitaala.

Sekian coretan paparazi tak bertauliah.

Friday, October 22, 2010

Al-Fatihah 27.09.2010

Al-fatihah..

Abang aku pergi buat selama-lamanya menemui sang Pencipta.
Aku Redha walaupon hati terasa teramat sayu.

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan
dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Baru hari ini aku dapat tuliskan dekat blog sebagai kenaang-kenangan.
Hati masih rawan .

Monday, August 9, 2010

Monday Blues

Salam Petang Isnin.
Black Monday atau Monday Blues. Sinonim dengan orang2 yang bekerja tak kire kije gomen atau swasta. Bagi yang kije sendiri dia tak kisah nak masok opis pukul berapa pon, tak akan ada surat tunjuk sebab dan sebagainya. Malangnya bagi kami2 yang kije gomen ni selisih Malaikat 44 nak menjawab surat tunjuk sebab atau menunggu kad kuning bertukar hijau atau merah cam trafik lite.
Minggu ni turn aku tukang jaga pintu belakang. Tugasnya mudah tapi nak melaksanakannya agak payah terutama kena bukak seawal pukul 7.10 pagi atau selewat2nya sebelum 7.30 am kalo tak insyaAllah surat cinta tunjuk sebab menanti di atas meja untuk dijawab. Tutup paling awal jam 6.00 ptg atau paling lambat ikot suka hati bos2 besar nak balik pukul berapa tapi setakat ini jam 6.30 ah.
Hari ni seawal 9.30am dah ada mesyuarat. Ahh bosan mummy bosan gak tapi seb baik ader nasik lemak dengan air teh keruh. Lepas pekena terasa berat mata memandang berat lagik kelopak mata nak bukak seb baik mesyuaratnya tak lama.
Tinggal esok sehari lagi sebelum kita menyambut Ramadhan pada tahun ini. Belum nampak kanopi2 putih dipasang di bawah. Nanti sepanjang satu bulan bermacam2 bau akan menyusup masuk ke bilik aku. Bau ayam percik, nasi dagang, nasi kerabu, murtabak, kuih muih pendek kata macam2 ah. Jangan gisau nanti aku update gambo yea.
Itu sahaja coretan pada petang ini. Ubat nak menghilangkan mengantuk. Opsss lupa ada setengah lagik nasi dagang lom habis di makan. Okay wa cabut dulu. Tata
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Nak tukar kije buleh?....

Sunday, August 8, 2010

TQ Maksis

Salam hari Ahad.

Best betui hari ni layan tenet kat umah. Tq berukband. Laju jer aku upload gambar kat blog mahupon kat fb. Kalo cam ni hari2 kang best.

Okay tu ja nak tulis. Gambo gi KL semalam lom upload. Lapar ahh. Nak kuar carik makan. Tata

Makan-makan dKuantan

Last Perhentian di sebuah Restoren di Kuantan, Pahang . Sempat menikmati makan malam terutamanya makanan kegemaran aku dan keluarga iaitu ketam gemuk atau nama glamer 'Fatty Crab"


Brokoli dengan Scallop.

Sizzling Beancurd.


Butter Prawn.


Nyam..nyam dah kena tebuk. Inilah Fatty Crab.



Kakak tengah mintak apa tu?
Setakat ini saja lah gambar2 percutian kami sekeluarga. Nak tgk full version sila rujuk fesbuk saya. TQ

Ganu pART 3

Gambar2 Percutian diteruskan

Kakak menikmati dunia di Kijal...Beli 4 longgok rm30...tapi sayang tak semua boleh dimakan

Kerteh


Japppp.....ai nak interprem jap yea bu...


Menghala ke Marang


Sg. Maran
Dari Ganu kami menghala ke Dungun dan mengikut Jalan Pantai sehingga ke Kuantan.





Ganu Part 2...


Aktiviti diteruskan dengan menikmati pemandangan di pantai BBB, pergi Pantai penarik, Menikmati Kopok Losong, melawati Masjid Kristal, menyambut birthday saya...
Selamat melayan gambor.
En. Suami membeli kopok losong untuk isteri dan anak2. Tapi sayang tak cukup lah yang!!!

Masjid Kristal

Masjid Kristal


Dalam kawasan Taman Tamadun Islam


Cantikkan Pemandangan
Part 3 meyusul......