Monday, November 22, 2010

Manusia dan Pasport

Salam pagi Isnin.
Kenapa tajuk aku hari ini manusia dan Pasport...?
Senario cuti sekolah.....especially di lembah Kelang ini, pejabat pengeluar dan penerima Pasport akan menghadapi fenomena di mana ramai orang (orang ramai-ramai) berlumba-lumba membuat Pasport. Sementelah sekarang ni Pasport Malaysia sudah berharga RM100 untuk 2 tahun.
Mentaliti manusia di lembah kelang ini aku rasalah berpendapat selain yang betul2 memerlukan pasport untuk keluar negara atas pelbagai alasan ada juga yang berpendapat selagi mereka menetap di lembah kelang mereka perlu memiliki pasport sampaian budak yang baru lahir semalam, hari ni mak bapa dia dah datang bawa baby tersebut buat pasport. Hebatkan penangan pasport. Tambahan dengan adanya etekno sekarang akan diadakan pula permohonan pasport secara online lagilah berkoyan-koyan manusia datang kutip pasport.\

Bagi aku secara peribadinya berpendapat, ini adalah satu usaha yang bagus dan baik dalam menambahbaiki perkhidmatan tetapi secara jujurnya ada baiknya Kerajaan memperhalusi lagi kaedah ini demi menjaga keselamatan dan keoriginaity sesuatu pasport tersebut.

Semoga pegawai-pegawai Imigresen yang bekerja di Bahagian Pasport bekerjalah dengan niat yang betul, telus, amanah dan ceria. Apa-apa pun kita lakukan lah yang terbaik.. InsyaAllah kita bukan hanya menharapkan gaji yang dimasukkan setiap hujung bulan tapi yang penting kita mengharapkan KeRedhaan Allah s.w.t. Lillahitaala.

Sekian coretan paparazi tak bertauliah.

No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen silakan,