Friday, January 14, 2011

dolan-dolan hujung minggu - Pameran Pertanian di Stadium Melawati Shah Alam.


Petang 25.12.2010 dah tak tau nak gi mana bawalah anak-anak jalan di Pameran ni sesambil cuci-cuci mata. Aku kalo hujung minggu memerap aja kat umah mau sakit kepala...baik kuar walaupon sekejap pon jadilah....


Lepak setelah penat menunggu farah menunggang kuda. Gambarnya ntah gi mana hilang.


Punyalah tunggu lama makanan tak sampai-sampai . Nak dibayar dahulu tak bagi last2 kami minum ayor je....geram macikkkkk seb baik tak bertukar jadik makluk ijo.



Seblah tapak pameran diadakan plak fan fair. Kennalah bawak cik farah naik segala mainan yang LAYAK dinaiki oleh cik farah sahaja. Tunggu beliau fenat barulah kami dengan rasa leteynya boleh kuar dari situ...Rega token punyalah mahai. satu token dua hinggit. Satu permainan memerlukan 2 token. Kalo yang cik farah main 6 game..berapa sen yang kami hangus?...baik beli pokok munger kat tapak pameran lagik bagus...huahuahua



'Kakkak sonok naik ketapi bu'. Okaylah kalo kakak sonok ibu ngan abah lagik sonok. Seb baik Amsyar cilik lagik kalo dak HARUS sama naik ketapi dengan kakak.



Naik kapal terbang plak...pon kakak sonok.. Alah kakak cam ibu tak tau kalo datang pan pear misti kakak sonok. dah lama kakak nak datang kang....


Apa2 pon.....njoyyyyy.

Jalan-jalan tanjung Harapan, Port Klang- Pantai Jeram- Bukit Melawati Kuala Selangor


Bersiaran kita dari tanjung harapan, port klang seusai membeli belah peralatan sekolah di Jalan Tapin Klang....


Abang long, anak remaja yang baru nak kenal dunia. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya . Love u.




Sebelah petang kami gi Bukit Melawati, Kuala Selangor. Naik train ke puncak Bukit Melawati. Abang Alang tak puas naik nanti kita datang lain kali plak ye.




Abang long teruja nak mencuba skill memancing di Tanjung Harapan. Lain kali datang bawa pancinglah yea...




Muka-muka tengah tunggu train nak bergerak..




Berposing bersama bapa saudara merangkap suami aku tempat dorang menumpang kasih.
Terima kasih abang atas layanan istimewa untuk anak-anak yatim ini.

Anak-anak sedara datang bertandang







Bawa anak-anak sedara jenjalan kat Putrajaya.
Kasi feel soh belajar rajin-rajin mana tau dapat kerja bagus kat putrajaya.

InsyaAllah.....

Kakak Ejah pantang disua kamera...posing terus




5 dari 6 anak arwah abang. InsyaAllah takkan aku persiakan.





Berlatarbelakangkan masjid besi... NAk parking kat depan masjid ni tapi ya ampun malam minggu orang padat sesak....






Emmm...sakan bergambar



Korang sila abaikan permandangan belakang yang semak tu yea.

Saturday, January 8, 2011

Birthday Farah & Amsyar

Salam sabtu

Masak untuk adik beradik yang hadir.
Asam pedas kepala ikan, telur asin, udang celup tepung, sambal belacan dan ulam-ulaman





Tunggu turn dapat kek..




Tetamu cilik terdiri dr anak-anak sedara seblah hubby dan aku.



Birthday gerl.... farah





Amsyar birthdayboy...







Tuesday, December 7, 2010

Salamah Maal Hijrah 1432H

As Salam.


Tunggu anak tido tapi tak tido2.

Akhirnya mak dia yang kantuk.


Sebelum terlupa salam tahun baru 1432h.

Semoga tahun baru ini kita lakukan perubahan ke arah kebaikan dan meninggalkan

segala keburukan.


Hari ini ader jemputan makan kambing panggang

tapi en suami ada hal plak so tak dapat memenuhi jemputan .

Apa2 selamat berpindah opis buat kawan-kawan dan sahabat di Subang.








Buat pengemar kambing...layan. Thanks en.gugle



Monday, November 22, 2010

Manusia dan Pasport

Salam pagi Isnin.
Kenapa tajuk aku hari ini manusia dan Pasport...?
Senario cuti sekolah.....especially di lembah Kelang ini, pejabat pengeluar dan penerima Pasport akan menghadapi fenomena di mana ramai orang (orang ramai-ramai) berlumba-lumba membuat Pasport. Sementelah sekarang ni Pasport Malaysia sudah berharga RM100 untuk 2 tahun.
Mentaliti manusia di lembah kelang ini aku rasalah berpendapat selain yang betul2 memerlukan pasport untuk keluar negara atas pelbagai alasan ada juga yang berpendapat selagi mereka menetap di lembah kelang mereka perlu memiliki pasport sampaian budak yang baru lahir semalam, hari ni mak bapa dia dah datang bawa baby tersebut buat pasport. Hebatkan penangan pasport. Tambahan dengan adanya etekno sekarang akan diadakan pula permohonan pasport secara online lagilah berkoyan-koyan manusia datang kutip pasport.\

Bagi aku secara peribadinya berpendapat, ini adalah satu usaha yang bagus dan baik dalam menambahbaiki perkhidmatan tetapi secara jujurnya ada baiknya Kerajaan memperhalusi lagi kaedah ini demi menjaga keselamatan dan keoriginaity sesuatu pasport tersebut.

Semoga pegawai-pegawai Imigresen yang bekerja di Bahagian Pasport bekerjalah dengan niat yang betul, telus, amanah dan ceria. Apa-apa pun kita lakukan lah yang terbaik.. InsyaAllah kita bukan hanya menharapkan gaji yang dimasukkan setiap hujung bulan tapi yang penting kita mengharapkan KeRedhaan Allah s.w.t. Lillahitaala.

Sekian coretan paparazi tak bertauliah.

Friday, October 22, 2010

Al-Fatihah 27.09.2010

Al-fatihah..

Abang aku pergi buat selama-lamanya menemui sang Pencipta.
Aku Redha walaupon hati terasa teramat sayu.

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan
dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Baru hari ini aku dapat tuliskan dekat blog sebagai kenaang-kenangan.
Hati masih rawan .