Sunday, June 6, 2010

Kondangan

Salam pagi Ahad dan Selamat Bercuti hujung minggu.


Waras? Kemanakah kita2 semua meluangkan waktu di hujung minggu?..

Aku dapat 4 jemputan ke kondangan. 2 dah selamat pi semalam. Rumah pertama menghidangkan nasi putih+ayam black paper+rendang daging+sayur campur+gulai nenas dgn ikan masin+sambal sotong+kulit lembu tumis cili. Banyak kang lauk dia. Rumah kedua nasi putih+daging masak kicap+ikan bulu ayam masin+sambal goreng+dah lupa lauk apa. Bebekal kan amanat en.suami yang mengatakan kalo pi rumah pertama lauk banyak dan nampak shedap makan jelah jangan dok mengharap rumah kedua lauk banyak. So cambiasalah ambil pinggan isi2 lauk dan apa lagik doa makanlah. So sampai kat umah kedua aku makan buah ngan tapai pulut ja. En. Suami makan nasi. Gambar lupa nak bawa kamera. Sibuk menguruskan anak2 katakan. Dekat kedua-dua rumah aku dapat BErkat berupa kek bahulu. Dah selamat dijadikan sarapan oleh en.suami.


IsyaAllah kejap lagik kami akan memenuhi 2 lagi jemputan.Satu berdekatan dengan rumah MIL iaitu rumah tok Imam dan satu lagik kat K.Selangor rumah sepupu arwah FIL. so savelah aku dari memasak. Meks suka mek suka..

Ni sesambil berblog aku tengah basuh baju kije. Semalam rendam klorok. Iskkk tak gemau tau bila baju kije kena apatah. Dah lah warna suci murni.Tensi meks tawww...

Gambar kat kondangan nanti InsyaAllah kalo sempat aku ambil. MAklumlah kang bawa tentera ntahkan sempat nak ambil gambo ke tak?..Apa2 kalo berjaya akan ditempel gambo kedian... Sehingga itu doakan kejayaan aku sebagai mamarazzi tak bertauliah.

Selamat berhujung minggu dan kondangan...

Bye.


Kondang = Pergi Majlis Perkahwinan
Berkat= Ole2 dari tuan rumah kepada jemputan yang hadir

No comments:

Post a Comment

Kalau rasa nak komen silakan,